Saturday, October 9, 2010

Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pagi ini telah mengesahkan beliau menerima jawatan PENGARAH aka GENERAL jentera BN bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas.

Lepas ni PAS Kelantan kena bertungkus lumus la nak besiap-sedia untuk menghadapi pilihanraya..

SEPANG, 9 Okt — Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pagi ini mengesahkan beliau menerima jawatan pengarah jentera BN bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas tetapi teka-teki sama ada akan menjadi calon masih berterusan.
Ahli Parlimen Gua Musang itu yang pulang ke tanah air kira-kira 7.30 pagi tadi memberitahu wartawan bahawa beliau tidak mahu mengulas apa-apa mengenai calon sebelum mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Sebenarnya, saya tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan pagi ini kerana masih belum mesyuarat.
“Saya cuma nak maklumkan telah menerima tawaran pengarah pilihan raya DUN Galas.
“Mengenai calon yang belum buat apa-apa keputusan lagi, mesyuarat pun belum lagi, Perdana Menteri pun saya belum jumpa,” katanya ketika sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini.
Sejurus tiba di lapangan terbang, beliau mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. - the malaysian insider

No comments:

Post a Comment